Khamis, 29 April 2021

Nabi Ibrahim untuk khalifah muka bumi




















                         *********** nabi ibrahim**********


Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar {Tarih} bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S.Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon"
pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama "Namrud bin Kan'aan."

Salah satu sumbangan terbesar Nabi Ibrahim dalam agama ialah pembinaan Kaabah. Walaupun terdapat tengah yang menyatakan bahawa nabi ibrahim yang  orang pertama membina Kaabah.  kemudiannya dimusnahkan oleh banjir , Nabi Ibrahim kemudiannya bersama anaknya, Nabi ismail, membina semula kaabah di tempat asal runtuhan Kaabah itu. Sejak hari dalam sejarah ,  haji dan umrah dimulakan untuk umat manusia yang beragama allah (islam)..

Al-Quran yang diturunkan oleh malaikat jibrail kepada Nabi muhammad   di bulan ramadhan menetapkan semula dan membersihkan amalan haji dan umrah  di Kaabah setelah beribu tahun berlalu sejak zaman Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad juga menjadi orang yang memulakan pertukaran kiblat dari Baitulmuqaddis ke Kaabah.

Sepertimana Madinah dirujuk sebagai "Bandar Nabi Muhammad (rasullah)atau hanya "Bandar Muhammad", Makkah pula digelar sebagai "Bandar Ibraham", kerana Nabi Ibrahim yang memulakan ibadah suci khusus di kota suci Makkah.

 

Semasa remajanya Nabi Ibrahim sering disuruh oleh pakciknya iaitu Azar keliling kota menjajakan patung-patung buatannya namun kerana iman dan tauhid yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadanya ia tidak bersemangat untuk menjajakan barang-barang itu bahkan secara mengejek ia menawarkan patung-patung pakcik kepada siapa  yang jadi pembeli dengan kata-kata:"Siapakah yang akan membeli patung-patung yang tidak berguna ini dan juga merugikan?

 

Pada masa Nabi Ibrahim, kebanyakan rakyat di Mesopotamia beragama politeismc iaitu menyembah lebih dari satu Tuhan. Dewa bulan atau Sin merupakan salah satu berhala yang paling penting. Bintang, bulan dan matahari menjadi objek utama penyembahan dan kerana…… Sewaktu kecil lagi nabi Ibrahim a.s. sering melihat pakciknya membuat patung-patung tersebut, lalu dia cuba mencari kebenaran agama yang dianuti oleh pakciknya itu.

Dalam al-quran Surah al-anaam(ayat 76-78) menceritakan tentang pencariannya dengan kebenaran. Pada waktu malam yang gelap, beliau melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" allah ku Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". Kemudian apabila dilihatnya Bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?"allahku Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya)". Inilah yang dianugerah kepada beliau dalam menolak agama penyembahan langit yang dipercayai kaumnya serta menerima tuhan yang sebenarnya.

 

Azar, bapa Nabi Ibrahim tidak terkecuali bertuhan dan menyembah berhala. Nabi Ibrahim menasihati ayahnya tentang penyembahan yang dilakukannya terhadap berhala-berhala, mengingkari sekaligus melarangnya melakukan hal tersebut. Namun ayahnya tidak juga berhenti dari perbuatan tersebut.

Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapaknya, Aazar, ‘Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.” - Al Quran, Surah Al - An'am, Ayat 74

Ada pendapat mengatakan Azar bukan ayah Nabi Ibrahim, tetapi di dalam Tafsir Ibnu Kathir ada dinyatakan sepeti berikut:

Adh-Dhahhak mengatakan dari Ibnu ‘Abbas bahwa ayah Ibrahim bukan bernama Aazar tetapi Tarakh. Demikian yang diriwayatkan Ibnu Abi Hatim. Adapun Ibnu Jarir menyebutkan: “Yang benar nama ayah Ibrahim adalah Aazar.”

Kemudian Ibnu Jarir menanggapi pendapat para ahli nasab yang menyatakan bahwa ayah Ibrahim bernama Tarakh, ia mengemukakan: “Mungkin saja ia mempunyai dua nama, sebagaimana yang dimiliki oleh banyak orang, atau mungkin salah satunya sebagai gelar.” Dan yang dikemukakannya tersebut bagus dan kuat. wallaaHu a’lam.

 

- Tafsir Ibnu Kathir Surah Al-An'am Ayat 74-79

Maka Ibrahim memohonkan ampunan bagi ayahnya sepanjang hidupnya, dan ketika ayahnya mati dalam keadaan musyrik dan yang demikian itu diketahui Ibrahim secara jelas, maka ia menghentikan permohonan ampunan bagi ayahnya tersebut serta melepaskan diri darinya. Sebagaimana yang difirmankan-Nya yang artinya:

“Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, Maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi Penyantun.” - Al Quran, Surah At - Taubah, Ayat 114

Kegagalan Nabi Ibrahim menyedarkan ayahnya tidak sedikit patah  hati dan mempengaruhi ketetapan hatinya dan  tidak melemahkan semangatnya untuk berjalan  atau menerus memberi bimbingan kepada kaumnya.tentang agama  tauhid….. Nabi Ibrahim tidak henti-henti mengajak kaumnya percaya tentang kepercayaan mereka dan mereka sudah tidak berdaya menyanggah alasan-alasan yang dikemukakan Nabi Ibrahim tentang kebenaran ajarannya dan kebatilan kepercayaan merekaiaitu sembah berhala. Tetapi mereka tetap berpegang kepada alasan yang mereka hanya meneruskan apa yang nenek moyang mereka lakukan sejak turun-temurun dan sesekali tidak akan melepaskan kepercayaan yang mereka warisi.

Nabi Ibrahim akhirnya merasa tidak bermanfaat lagi untuk berdebat atau bersuara dengan kaumnya yang keras kepala dan tidak mahu menerima keterangan yang dikemukakan oleh nya. Nabi Ibrahim kemudian merancang untuk membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang dapat dilihat dengan mata kepala mereka sendiri bahawa berhala-berhala betul-betul tidak berguna bagi mereka.

Sudah menjadi tradisi dan kebiasaan penduduk kerajaan Babylon bahawa setiap tahun mereka keluar kota beramai-ramai pada suatu hari merai  perayaan dan kebesaran yang mereka anggap sebagai keramat hidup. Berhari-hari mereka tinggal di luar kota di suatu padang terbuka, berkhemah dengan membawa bekalan makanan dan minuman yang cukup. Mereka bersuka ria dan bersenang-senang sambil meninggalkan kota-kota mereka kosong dan sunyi. Mereka berseru dan mengajak semua penduduk agar keluar meninggalkan rumah dan turut beramai-ramai menghormati hari-hari suci itu(berhala).

Nabi Ibrahim yang juga turut diajak tetapi nabi ibrahim berpura-pura sakit dan diizinkanlah tinggal di rumah kerana 👉(khuatir penyakit Nabi Ibrahim yang dibuat-buat itu akan menular atau dijangkiti di kalangan mereka yang beramai perarakaan .)

Apabila sampai masa yang sesuai,  nabi  ibrahim  membawa sebuah kapak ditangannya, Nabi Ibrahim menuju tempat beribadat berhala yang sudah ditinggalkan tanpa penjaga. Kemudian nabi  ibrahim  menghancurkan patung-patung itu dengan kapak yang berada di tangannya. Patung yang besar ditinggalkannya utuh, tidak diganggu…..di lehernya  berhala besar dikalungkanlah kapak……

Terperanjat para penduduk, tatkala pulang dari berpesta ria di luar kota dan melihat keadaan patung tuhan-tuhan mereka hancur berserak di atas lantai. Mereka mengesyaki Nabi Ibrahim …nabi ibrahim satu-satunya orang yang tinggal sewaktu semua berada di luar.

Nabi Ibrahim pula berharap agar pengadilannya dilakukan secara terbuka untuk semua  masyarakat dapat turut menyaksikannya kerana dengan cara demikian, beliau  secara berdakwah menyerang kepercayaan mereka yang sesat itu, seraya menerangkan kebenaran agamanya, kalau diantara yang hadir ada yang masih boleh diharapkan terbuka hatinya bagi iman dari tauhid yang ia ajarkan dan dakwahkan.

Hari pengadilan ditentukan dan datang rakyat dari segala pelosok berduyun-duyun mengunjungi padang terbuka yang disediakan bagi sidang pengadilan itu.

Ketika Nabi Ibrahim datang menghadap Raja Namrud yang akan mengadili ia disambut oleh para hadirin dengan teriakan kutukan dan cercaan, ditanya Nabi Ibrahim oleh Raja Namrud:"Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merosakkan tuhan-tuhan kami?" Dengan tenang dan sikap dingin, Nabi Ibrahim menjawab:"Patung besar yang berkalungkan kapak di lehernya itulah yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang menghancurkannya." Raja Namrud terdiam sejenak. Kemudian beliau berkata:" Engkaukan tahu bahawa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?" Tibalah masanya yang memang dinantikan oleh Nabi Ibrahim, maka sebagai jawapan atas pertanyaan yang terakhir itu beliau  membentangkan keadilan

 

persembahan mereka, yang mereka menpertahankan mati-matian, semata-mata hanya kerana adat itu ialah warisan nenek-moyang. Berkata Nabi Ibrahim kepada Raja Namrud itu:"Jika demikian, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat atau menolak mudarat, bahkan tidak dapat menolong dirinya dari kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan sembahan kamu itu! Tidakkah kamu berfikir dengan akal sihat bahawa sembah kamu ialah perbuatan yang keliru oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi dengan segala isi dan kekayaan. Alangkah hinanya kamu dengan sembahan kamu itu."

Setelah selesai, Raja Namrud membuat keputusan bahawa Nabi Ibrahim harus dibakar hidup-hidup sebagai hukuman, maka berserulah para hakim kepada rakyat yang hadir menyaksikan pengadilan itu:"Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhanmu, jika kamu benar-benar setia kepadanya."

 

 Nabi Ibrahim:mempunyai 8 anak iaitu Ismail, ibunya Siti Hajar (seorang jariah, hadiah raja Mesir kepada Siti Sarah yang kemudiannya dihadiahkan kepada suamimya Nabi Ibrahim). Ishak, ibunya Siti Sarah (isteri Nabi ibrahim yang tua).  Sebab Siti Sarah tidak pernah beranak sesudah berumur 90 tahun diberitahu oleh malaikat bahawa ia akan memperoleh anak. Ia tertawa besar mendengarnya, hairan dalam usia yang begitu lanjut baru hendak beranak. Perbezaan umur antara Ismail dan Ishak ialah 14 tahun, Ismail lebih tua.3. Madyan4. Madan5.Yaqnan6.Zamran7. Syaik 8. Syaukh
Ibu yang berenam ini namanya Qontura binti Yaqtan orang Kan'an - Nabi Ibrahim kahwin dengannya selepas wafat Siti Sarah.Dari 8 orang anak Nabi Ibrahim inilah bertebaran di seluruh negeri Timur 

 

 

Nabi Ibrahim yang sudah berketetapan hati hendak memerangi syirik kaumnya tetapi ingin lebih dahulu memperkuatkan keimanannya dan keyakinannya serta membersihkannya dari keraguan dengan memohon kepada Allah agar diperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan kembali makhluk-makhluk yang sudah mati.Berserulah ia kepada Allah: "Ya Tuhanku! Tunjukkanlah kepadaku bagaimana engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang sudah mati." Allah menjawab seruannya dengan berfirman: Tidakkah engkau beriman dan percaya kepada kekuasaan-Ku?." Nabi Ibrahim menjawab:"Betul, wahai Tuhanku, aku telah beriman dan percaya kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu, namun aku ingin sekali melihat itu dengan mata kepala ku sendiri, agar aku mendapat ketenteraman dan ketenangan dan hatiku dan agar makin menjadi tebal dan kukuh keyakinanku kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu."

Allah memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim lalu diperintahkanlah menangkap empat ekor burung, memotong-motongnya dan mencampur-baurkan tubuh burung yang hancur luluh lalu diletakkan di atas puncak setiap bukit dari empat bukit yang saling berjauhan. Setelah itu, diperintahnyalah Nabi Ibrahim memanggil burung-burung tersebut.

Dengan izin Allah dan kuasa-Nya, datanglah berterbangan empat ekor burung itu dalam keadaan utuh bernyawa seperti sedia kala mendengar panggilan Nabi Ibrahim kepadanya lalu hinggaplah empat burung itu di depannya, dilihat dengan mata kepalanya sendiri  oleh nabi ibrahim bagaimana Allah Yang Maha Berkuasa dapat menghidupkan kembali makhluk-Nya yang sudah mati sebagaimana Dia menciptakannya dari sesuatu yang tidak ada. Dan dengan demikian hilang keraguannya.

 

Azar, bapa Nabi Ibrahim tidak terkecuali bertuhan dan menyembah berhala. Nabi Ibrahim menasihati ayahnya tentang penyembahan yang dilakukannya terhadap berhala-berhala, mengingkari  melarangnya melakukan hal tersebut. Namun ayahnya tidak juga berhenti dari perbuatan tersebut.

Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapaknya, Aazar, ‘Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.” - Al Quran, Surah Al - An'am, Ayat 74

Ada pendapat mengatakan Azar bukan ayah Nabi Ibrahim, tetapi di dalam Tafsir Ibnu Kathir ada dinyatakan sepeti berikut:

Adh-Dhahhak mengatakan dari Ibnu ‘Abbas bahwa ayah Ibrahim bukan bernama Aazar tetapi Tarakh.

 

Dipetikan sumber buku ,  dan lain

Semoga diberkati

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

manuscriptnovelist

GADIS JOGET BANGSAWAN

Dizaman dahulu kala ada sebuah kampung yang buruk terletak dipulau katur ,dikampung sana hanya perkampungan hulu hanya tinggal b...